Tuesday 8 November 2011

Perang Dunia I (1914-1918)

FAKTOR² PERANG DUNIA I

Perang Dunia I berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi. Antara faktor politik termasuklah kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan negara-negara Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Faktor ekonomi pula melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.

Pada penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah bangsa yang lebih besar, contohnya Jerman dan Itali. Kedua-dua negara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia dalam usaha untuk mendapatkan tanah jajahan. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-masing. Menjelang penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, persaingan sengit berlaku di kalangan kuasa Eropah ini akibat Imperialisme Baru. Pada tanggal 28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand yang merupakan pewaris takhta Austria-Hungary telah ditembak mati bersama isterinya Dutchess Sophie ketika di Sarajevo, Bosnia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntut oleh Serbia. Dengan sokongan Jerman, Austria-Hungary telah mengisytiharkan perang terhadap Serbia. Austria-Hungary telah melancarkan serangan pertama ke atas Serbia pada 28 Julai 1914.
Russia yang sememangnya sekutu kuat Serbia telah diserang oleh Jerman ketika sedang membuat persiapan untuk menyerang Jerman. Perkara yang sama juga berlaku kepada Perancis kerana memihak kepada Serbia. Oleh sebab ingin memendekkan jarak perjalanan ke Paris, Jerman telah menyerang Belgium yang merupakan negara berkecuali. Serangan ini telah membangkitkan kemarahan Britain, yang sudah menjadi musuh tradisi Jerman. Britain kemudiannya telah menyerang Jerman dengan bantuan Amerika Syarikat. Serangan Jerman terhadap kapal dagang Amerika Syarikat turut melibatkan negara tersebut dalam peperangan ini. Lantaran itu, terbentuklah dua buah pakatan yang besar. Negara² yang menyertai Britain digelar Tentera Bersekutu/Pakatan Bertiga manakala negara² yang menyertai Jerman digelar Kuasa² Pusat/Perikatan Kuasa Tengah. Sungguh pun Tentera Bersekutu amat kuat, tetapi Jerman kelihatan hampir² memenangi peperangan itu. Namun menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan ekoran bekalannya tidak mencukupi di samping terdapat juga pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Menjelang musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat telah menyerang tentera Jerman yang terakhir di Barat. Akhirnya, Jerman telah menurunkan tandatangan perjanjian gencatan senjata pada 11 November 1918. Perjanjian Versailles juga telah ditandatangani pada 28 Jun 1919 dengan rasminya telah menamatkan Perang Dunia I. Dari segi ekonomi, kuasa² besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah bagi memasarkan barangan siap mereka.



IMPLIKASI PERANG DUNIA I

Politik
Impaknya, Perang Dunia I telah menamatkan pemerintahan beraja di Eropah. Pada bulan Jun 1919, Persidangan Damai telah diadakan. Ekoran daripada persidangan ini telah membawa kepada pemeteraian Perjanjian Versailles. Perjanjian ini telah mengubah peta Eropah & membentuk beberapa buah negara baru. Selain itu, perjanjian itu juga telah membawa kepada pembentukan Liga Bangsa. Matlamat utama penubuhan Liga Bangsa adalah untuk menggalakkan keamanan & kerjasama antarabangsa serta menjamin keselamatan bersama. Walaupun begitu, Liga Bangsa tidak dapat mencapai matlamatnya kerana gagal untuk menjamin kesejahteraan dunia. 

Ekonomi
Dari aspek ekonomi, Negara² yang berperang mengalami inflasi. Di samping itu, negara² yang terlibat juga terpaksa menanggung hutang peperangan yang tinggi disebabkan perbelanjaan perang yang terlalu besar. Hal ini akhirnya telah membawa kepada masalah inflasi & pengangguran. Amerika Syarikat & Jepun mula mendominasi pasaran dunia. Negara Eropah yang amat merasai bahang ini adalah Brittain, sebuah negara industri dunia yang sebelum ini menguasai peratus perdagangan dunia yang terbesar. Perang Dunia I telah menyebabkan Brittain kehilangan 1/3 daripada perdagangan luarnya.    

Sosial                                                                                                                                                            
Dari segi sosial, Perang Dunia I telah menyebabkan jumlah angka korban yang begitu ramai. Jumlah korban tentera Pakatan Bertiga ialah 5,497,600 orang, manakala jumlah angka korban tentera Perikatan Kuasa Tengah telah mencecah kira² 3,382,500 orang. Perang Dunia I juga telah menyebabkan kehilangan nyawa orang awam seramai 6,493,000 orang.

Kesimpulan
Justeru, Perang Dunia I telah meninggalkan pelbagai kesan yang mendalam terhadap politik, ekonomi & sosial. Hal ini juga dapat memberikan pelbagai pengajaran & iktibar kepada kita tentang keburukan peperangan. Sebagai khalifah di bumi yang bertuah ini, kita mestilah senantiasa mengekalkan perpaduan & kerjasama  antara negara demi menjamin keamanan & kesejahteraan dunia. Setiap kemelut & pergolakan dalam negara mestilah diselesaikan dengan cara aman serta mengelakkan daripada berlaku sebarang pertumpahan darah. Hal ini bukan sahaja akan merugikan negara² yang terlibat malah negara² berkecuali juga turut akan merasai tempiasnya di samping akan membawa kemusnahan besar kepada dunia.    

 
                                   2011 © arranged by Black de FÜhrer: La Civilizar ™

No comments:

Post a Comment